■ Otak manusia
| ► | Organ kompleks yang mengandungi berbilion saraf. | |
| ► | Ia dilindungi oleh struktur tulang keras yang dipanggil tengkorak. |
| ► | Serebrum | |
| ► | Serebelum | |
| ► | Medula oblongata |
Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal
■ Tindakan Terkawal
| ► | Jenis tindakan yang dilakukan mengikut kehendak kita. | |
| ► | Contoh: bercakap, berjalan, mendengar dan menulis |
| ► | Jenis tindakan yang berlaku tanpa disedari. | |
| ► | Otak tidak membuat keputusan sama ada tindakan akan berlaku atau tidak. | |
| ► | Contoh: bernafas, degupan jantung, peristalsis dan bersin. |
|
Kesan Kecedaraan pada Bahagian Tertentu Otak
■ Tengkorak melindungi otak manakala tulang belakang melindungi saraf tunjang.
■ Kecederaan pada otak
| ► | Kemalangan atau sakit boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan tertentu otak, dengan itu menjejaskan fungsinya. | |
| ► | Dalam keadaan yang teruk, kecederaan kepada kawasan tertentu otak mungkin boleh membawa maut. | |
| ► | Serebrum adalah bahagian terbesar otak yang menjalankan fungsi yang berbeza. Oleh itu kecederaan serebrum boleh menyebabkan kesan yang berbeza dalam badan kita. |
✍ Contoh latihan 2.5(a)
Labelkan dengan tepat bahagian-bahagian otak dibawah. (English)
Kelaskan aktiviti-aktiviti atau tindakan berikut mengikut bahagian otak masing-masing.
| Melihat | Mendengar | Mengayuh basikal | Bau | Bersin | Degupan jantung |
| Mendengar | Bernafas | Peristalsis | Memanjat | Merasa | Memegang |
| Kumpulan | |
|---|---|
| Serebrum | |
| Serebelum | |
| Medula oblongata |
Serebrum mengawal tindakan terkawal seperti aktiviti mental, deria dan pergerakan otot.
Serebelum mengawal keseimbangan badan dan mengkoordinat pergerakan otot.
Medula oblongata mengawal tindakan luar kawal.
✍ Contoh latihan 2.5(c)
Kelaskan aktiviti-aktiviti berikut kepada tindakan terkawal dan tindakal tidak terkawal.
| Penghadaman | Peristalsis | Menari | Menulis | Bercakap |
| Bernafas | Bersin | Berjalan | Rembesan air liur | Ketawa |
| Kumpulan | |
|---|---|
| Tindakan terkawal | |
| Tindakan tidak terkawal |
Tindakan terkawal merupakan jenis tindakan yang dilakukan mengikut kehendak kita.
Tindakan luar kawal berlaku tanpa disedari, iaitu secara automatik.
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
||



No comments:
Post a Comment